Klik pada Iklan ni...

Friday, January 30, 2009

Buku Log Projek E4006 dan E5006

Seperti yang dijanjikan, buku log bagi projek 2 e4006 dan projek 3 e5006 boleh anda dapati dari link ini: Buku Log E4006 dan E5006.

Buku Log adalah catatan mingguan aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan anda bagi menunjukkan kemajuan projek yang anda bangunkan. Oleh itu, segala maklumat yang dirasakan perlu untuk dimasukkan catatkan sebagai aktiviti yang telah anda buat. Lampiran berkaitan projek seperti datasheet microcontroller, nota mengenai litar antara muka (interface circuit) boleh dilampirkan bersama.

Setiap minggu anda perlu berbincang dan menunjukkan kemajuan projek anda kepada penyelia kumpulan anda.

Terima Kasih.

p/s: Sila tinggalkan komen jika ada masalah terhadap file tersebut. Sila semak dahulu sebelum anda print untuk mengelakkan sebarang error.

Wednesday, January 21, 2009

Blog ni baru create

PERHATIAN untuk pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan ELektronik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang mengambil kursus E4006- Projek 2 Diploma!!!

Blog ini baru di create untuk kemudahan anda mengaccess segala hebahan, notis, due date, dan sebagainya sepanjang sesi Januari 2009 ini. Sila lawati dari semasa ke semasa untuk sebarang tindakan.

Terima Kasih.

Yang Benar,

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras,
Projek 2 Diploma,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.