Klik pada Iklan ni...

Friday, April 24, 2009

Re-re-present

Kumpulan slumber dan kumpulan cj4 tidak memenuhi keperluan asas persembahan projek e4006.

Oleh itu, kedua-dua kumpulan ini dikehendaki membuat persembahan semula dihadapan Ketua Jabatan dan Ketua Program DKE.

Hari rabu jam 9pagi. Tempat: BIlik Seminar JKE.

Sekian terima kasih.

Wednesday, April 22, 2009

Representation

Persembahan projek 2 E4006 telah dilakukan pada pagi ini dengan baik sekali. Sebanyak 9 kumpulan dari 10 kumpulan yang berdaftar telah melakukan persembahan. Manakala satu kumpulan lagi didapati telah tidak hadir. Menurut perkara 3.0 bagi Persembahan projek menyatakan bahawa:

3.0 Semua kumpulan bagi setiap sesi perlu mengikuti sesi tersebut keseluruhannya iaitu jika kumpulan 2 bagi sesi 1 yang membuat persembahan pada jam 9.15pagi mereka perlu hadir jam 8.30pagi bersama kumpulan-kumpulan sesi tersebut.

Bagi maksud tersebut, biarpun waktu persembahan telah teranjak perkara 3.0 ini masih boleh digunapakai. Oleh itu, kumpulan 2 (G2) didapati tidak hadir selepas kumpulan 1 (G1) telah memulakan peRsembahan.

Daripada 9 kumpulan yang membuat persembahan, hanya 6 kumpulan sahaja yang perlu melakukan semula persembahan (representation). Senarai kumpulan yang perlu melakukan persembahan semula adalah:

1- Kumpulan SLUMBER
Keseluruhan. Termasuk litar yang perlu dilukis semula menggunakan perisian.

2- Kumpulan I-ROBUST
Pembetulan pada Objektif, Skop, litar yang perlu dilukis semula.

3- Kumpulan PROJECT EVOLUTION
Pembetulan pada litar dan pemahaman terhadap litar.

4- Kumpulan CJ4
Keseluruhan. Termasuk litar yang perlu dilukis semula menggunakan perisian.

5- Kumpulan KERTAS.
Pembetulan pada litar dan beberapa kesalahan kecil sepertimana yang diarahkan oleh Panel.

6- Kumpulan JERUNG.
Sepertimana yang telah diarahkan oleh Panel.

JADUAL PERSEMBAHAN SEMULA

Tempat : Makmal Projek
Masa: 3.00 petang hingga 5.00petang


1- Kumpulan SLUMBER

2- Kumpulan CJ4

3- Kumpulan KERTAS.

Tempat: Makmal Teknologi Pengukuran.
Masa: 3.00petang hingga 5.00petang


1- Kumpulan I-ROBUST

2- Kumpulan PROJECT EVOLUTION

3- Kumpulan JERUNG

Masa yang diperuntukkan kepada setiap kumpulan adalah bergantung kepada budi bicara Panel Persembahan.

Antara panel persembahan yang dicadangkan adalah:

1- En. Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohd Noor.

2- En. Syahrull Hi-Fi Syam Bin Ahmad Jamil.

3- En. Johanis Bin Mohd Jamil.

4- En. Khairudi Bin Mohd Juni.

5- En. Shamsul Anuar bin Abd. Aziz.

6- En. Mohamed Isa Bin Osman.

7- Cik Salmi binti Zakaria.

8- Pn. Irma Suryani binti Abu Bakar.

Sekian dimaklumkan.

Jika ada sebarang cadangan atau bantahan, sila coretkan dibahagian comment.

Terima Kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek 2(E4006)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Tuesday, April 21, 2009

Dah boleh komen.

Anda boleh komen dalam blog ini seperti diminta. anda boleh pilih Anonymous sebagai pengomen.

Maaf atas kesulitan. Terima Kasih.

Ubah tempat present pulak

Tempat present telah ditukar ke makmal projek(EPR) dan makmal pengukuran(EMU).

Kumpulan yang present di ETL anda berubah ke makmal EMU.

Kumpulan yang present di EPD anda berubah ke makmal EPR.

Sekian, Terima Kasih.

PERUBAHAN MASA PERSEMBAHAN PROJEK

Sila ambil perhatian bahawa persembahan projek pelajar terpaksa dianjakkan waktu kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan disaat-saat akhir.

Waktu baru adalah seperti berikut:

Sesi 1
9.00 - 9.45pagi

9.45 - 10.30pagi

10.30 - 11.00 pagi REHAT


Sesi 2

11.00 - 11.45pagi

11.45 - 12.30tghri

12.30 - 1.15 tghri

Tiada perubahan bagi tempat persembahan projek. Sila rujuk post sebelumnya.

Sekian dimaklumkan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

Mohd Shaharom Bin Idris
Penyelaras Projek 2,E4006
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Sunday, April 19, 2009

Panel Persembahan Projek E4006- Projek 2

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah panel persembahan projek pelajar (E4006- Projek 2).

Sesi 1 - Makmal Telekomunikasi (8.15pagi hingga 10.45pagi)
1- En. Shamsul Anuar bin Abd Aziz
2- En. Ridzuan bin Abdul Rahman
3- Cik Dami'a
4- En. Mohamed Isa Bin Osman

Sesi 2- Makmal Telekomunikasi ( 11.15pagi hingga 12.45 tengahari)
1- En. Shahrul Radzi bin Mad Zaki@ Abdullah
2- En. Mohd Firdaus Bin Mohd Mokhtar
3- Pn. Nurzurawani
4- Pn. Farhani (pensyarah baru)


Sesi 1- Makmal Penghantaran Data ( 8.15pagi hingga 10.45pagi)
1- En. Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohamad Noor
2- En. Nor Azrizal Bin Norazmi
3- Cik Zunainah
4- En. Azman Bin Mat Hussin

Sesi 2- Makmal Penghantaran Data ( 11.15pagi hingga 12.45 tengahari)
1- En. Johanis Bin Mohd Jamil
2- En. Khairudi Bin Mohd Juni
3- En. Syahrull Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil
4- Cik Noor Amani Binti Salleh

Sekiranya panel bagi sesi anda adalah terdiri daripada penyelia projek anda, anda diminta berikan maklumat berkenaan dalam bahagian komen. Dan sila tinggalkan nama kumpulan anda beserta ahli kumpulan dan nama penyelia didalam ruangan komen.

Terima Kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek 2(E4006)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Wednesday, April 15, 2009

Persembahan Projek E4006

PERSEMBAHAN PROJEK PELAJAR DKE5 (E4006)
SESI JANUARI 2009


TEMPAT: ETL (MAKMAL TELEKOMUNIKASI)

Sesi 1
Masa (KUMP)
8.30 - 9.15 pagi (G1)

9.15 - 10.00 pagi (G2)

10.00 - 10.45 pagi (G3)

10.45 - 11.15 pagi REHAT

Sesi 2

11.15- 12.00 t/hari (G4)

12.00 - 12.45 t/hari (G5)

TEMPAT: EPD (MAKMAL PENGHANTARAN DATA)

Sesi 1
Masa (KUMP)
8.30 - 9.15 pagi (G6)

9.15 - 10.00 pagi (G7)

10.00 - 10.45 pagi (G8)

10.45 - 11.15 pagi REHAT


Sesi 2
Masa (KUMP)
11.15- 12.00 t/hari (G9)

12.00 - 12.45 t/hari (G10)




PERSEMBAHAN PROJEK 2 E4006

1.0 Persembahan akan dijalankan pada hari Rabu-22/4/2009 bertempat di Makmal Penghantaran Data(EPD) dan Makmal Telekomunikasi(ETL).

2.0 Persembahan projek pelajar ini akan dijalankan sebanyak DUA(2) sesi iaitu Sesi 1 (8.30-10.45pagi) dan Sesi 2 (11.15-12.45t/hari).

3.0 Semua kumpulan bagi setiap sesi perlu mengikuti sesi tersebut keseluruhannya iaitu jika kumpulan 2 bagi sesi 1 yang membuat persembahan pada jam 9.15pagi mereka perlu hadir jam 8.30pagi bersama kumpulan-kumpulan sesi tersebut.

4.0 Kedatangan akan diambil bagi setiap sesi.(Hanya untuk kumpulan yang terlibat sahaja)

5.0 Persembahan dijalankan selama 45minit sahaja bagi setiap kumpulan.

6.0 30minit tersebut meliputi sesi persembahan dan sesi menjawab soalan.

7.0 Panel Penilai Persembahan Projek berhak melanjutkan masa menjawab soalan.

8.0 Penonton yang hadir mengikuti persembahan juga boleh mengemukakan soalan, komen atau sebarang idea kepada kumpulan yang membuat persembahan

9.0 Setiap kumpulan mesti menghantar buku persembahan kepada panel selewat-lewatnya hari ISNIN(20/4/2009) jam 4.00petang beserta tandatangan dan cop penyelia.

9.1 Buku Persembahan adalah buku yang mempunyai sekurang-kurangnya 5muka surat.

9.2 Ia mengandungi Bab 1 (Pendahuluan), Bab 2(Kajian Literatur) dan Bab 3( Kaedah Pelaksanaan Projek) serta Carta Gantt yang telah diringkaskan dari proposal projek.

9.3 Buku Persembahan tersebut adalah rujukan kepada panel semasa pembentangan projek pelajar berlangsung.

9.4 Buku Persembahan bukanlah helaian handout bagi slide persembahan pelajar.

9.5 Tiada format tertentu bagi pelajar menyediakan buku persembahan ini.Ia bergantung kepada pelajar yang menentukannya.

10 Sekiranya terdapat kumpulan yang didapati perlu represent ,satu tarikh akan ditentukan kemudian oleh Penyelaras Projek E4006.

11.0 Markah bagi persembahan projek ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
11.1 Penampilan 10%
11.2 Kerjasama 10%
11.3 Pengurusan masa 10%
11.4 Kemampuan menjawab soalan 20%
11.5 Bahan dan alat bantu 10%
11.6 Idea dan konsep 10%
11.7 Pra Demo 20%
11.8 Penggunaan Bahasa Inggeris 10%
Jumlah markah= 100%

Senarai Panel akan ditentukan dalam post berikutnya didalam blog ini sedikit masa lagi.
Kumpulan G1 hingga G10 adalah kumpulan yang telah diundi seperti mana yang ditentukan sebelum ini.

Terima Kasih.

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek 2(E4006)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.