Klik pada Iklan ni...

Wednesday, April 22, 2009

Representation

Persembahan projek 2 E4006 telah dilakukan pada pagi ini dengan baik sekali. Sebanyak 9 kumpulan dari 10 kumpulan yang berdaftar telah melakukan persembahan. Manakala satu kumpulan lagi didapati telah tidak hadir. Menurut perkara 3.0 bagi Persembahan projek menyatakan bahawa:

3.0 Semua kumpulan bagi setiap sesi perlu mengikuti sesi tersebut keseluruhannya iaitu jika kumpulan 2 bagi sesi 1 yang membuat persembahan pada jam 9.15pagi mereka perlu hadir jam 8.30pagi bersama kumpulan-kumpulan sesi tersebut.

Bagi maksud tersebut, biarpun waktu persembahan telah teranjak perkara 3.0 ini masih boleh digunapakai. Oleh itu, kumpulan 2 (G2) didapati tidak hadir selepas kumpulan 1 (G1) telah memulakan peRsembahan.

Daripada 9 kumpulan yang membuat persembahan, hanya 6 kumpulan sahaja yang perlu melakukan semula persembahan (representation). Senarai kumpulan yang perlu melakukan persembahan semula adalah:

1- Kumpulan SLUMBER
Keseluruhan. Termasuk litar yang perlu dilukis semula menggunakan perisian.

2- Kumpulan I-ROBUST
Pembetulan pada Objektif, Skop, litar yang perlu dilukis semula.

3- Kumpulan PROJECT EVOLUTION
Pembetulan pada litar dan pemahaman terhadap litar.

4- Kumpulan CJ4
Keseluruhan. Termasuk litar yang perlu dilukis semula menggunakan perisian.

5- Kumpulan KERTAS.
Pembetulan pada litar dan beberapa kesalahan kecil sepertimana yang diarahkan oleh Panel.

6- Kumpulan JERUNG.
Sepertimana yang telah diarahkan oleh Panel.

JADUAL PERSEMBAHAN SEMULA

Tempat : Makmal Projek
Masa: 3.00 petang hingga 5.00petang


1- Kumpulan SLUMBER

2- Kumpulan CJ4

3- Kumpulan KERTAS.

Tempat: Makmal Teknologi Pengukuran.
Masa: 3.00petang hingga 5.00petang


1- Kumpulan I-ROBUST

2- Kumpulan PROJECT EVOLUTION

3- Kumpulan JERUNG

Masa yang diperuntukkan kepada setiap kumpulan adalah bergantung kepada budi bicara Panel Persembahan.

Antara panel persembahan yang dicadangkan adalah:

1- En. Wan Mohd Rizairie Bin Wan Mohd Noor.

2- En. Syahrull Hi-Fi Syam Bin Ahmad Jamil.

3- En. Johanis Bin Mohd Jamil.

4- En. Khairudi Bin Mohd Juni.

5- En. Shamsul Anuar bin Abd. Aziz.

6- En. Mohamed Isa Bin Osman.

7- Cik Salmi binti Zakaria.

8- Pn. Irma Suryani binti Abu Bakar.

Sekian dimaklumkan.

Jika ada sebarang cadangan atau bantahan, sila coretkan dibahagian comment.

Terima Kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

MOHD SHAHAROM BIN IDRIS
Penyelaras Projek 2(E4006)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

3 comments:

  1. hari apa re-present??

    ReplyDelete
  2. KESIAN KEPADA KUMPULAN YANG TAK DAPAT PRESENT..PENAT - PENAT BUAT PROJEK..MEREKA HENDAK JUGA MERASA SUASANA PRESENT...MEREKA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI SOALAN-SOALAN DARI PANEL..

    ReplyDelete
  3. Present hari jumaat.

    Untuk yang tak boleh present tu, harap muhasabah diri. Saya dah tetapkan perkara ni dari semester lepas. Saya berpendapat DKE5 dan PKE5 dah cukup matang untuk menilai akan erti ketepatan masa. Sekian, harap maklum.

    ReplyDelete